Semalam saya terbaca posting seorang rakan berkenaan Jenis – Jenis Kaveat. Jadi, saya kongsikan sedikit knowledge yang ada berkenaan caveat di sini untuk panduan bersama.
Ada 4 Jenis – Jenis Kaveat dalam hartanah :
1) Private caveat.
Boleh didaftarkan di atas geran jika mempunyai “caveatable interest” ke atas sesuatu property. Contoh : Jika sudah sign s n p, deposit dah bayar, loan dah approve, dah stamping tiba – tiba vendor jual pada orang lain. Buyer pertama boleh masuk caveat.
2) Registra Kaveat.
Kaveat yang didaftarkan oleh registra untuk membendung kes – kes transaksi melibatkan penipuan. Juga didaftarkan untuk kepentingan kerajaan seperti mengutip cukai tertunggak ke atas individu atau entiti.
3) Lien holder Kaveat.
Kaveat yang didaftarkan oleh pemberi pinjam atau “money lender” sebagai securiti untuk pinjaman yang diberikan. Geran asal atau “issue document of title” mesti dipegang oleh money lender semasa mendaftarkan kaveat.
4) Trust Caveat.
Kesimpulan : Jenis – Jenis Kaveat. yang didaftarkan mempunyai tempoh tertentu berkuatkuasa seperti 6 tahun untuk private caveat. Ianya boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh individu atau entiti yang memasukkan caveat dan juga melalui proses mahkamah.
Untuk mendaftarkan caveat, perlu ada bukti – bukti kukuh yang menyatakan bahawa anda mempunyai kepentingan ke atas sesuatu hartanah yang ingin di kaveat. Kaveat tidak boleh didaftarkan secara sebarangan. Pihak sebaliknya boleh menuntut pampasan di mahkamah sekiranya timbul kerugian ke atas sesuatu transaksi hartanah disebabkan oleh kaveat yang didaftarkan.