Tanah Pusaka dan Penyelesaian
ANTARA MASALAH-MASALAH BIASA BERKAITAN Tanah Pusaka dan Penyelesaian.Selalu sangat saya di ajukan dengan soalan-soalan begini melibatkan tanah pusaka.
1. Ayah saya dah meninggal. Dalam geran masih lagi nama datuk saya. Datuk pun dah meninggal lama. Kami adik beradik dah setuju nak jual tanah tu. Bolehkah kalau kami pakat jual tanah tersebut?
Jawapan :Tak boleh jual selagi belum diselesaikan urusan pusaka berkaitan tanah tersebut terlebih dahulu.Jadi, waris-waris perlulah selesaikan urusan pusaka datuk dan kemudiannya pusaka ayah terlebih dahulu.Selepas kesemua nama waris yang berhak telah ada dalam geran barulah tanah tersebut boleh dijual.
2. Saya telah diminta oleh ayah saya untuk bantu dia beli rumah. Jadi saya pun banyak keluar kan duit saya untuk tujuan tersebut. Sekarang ayah dah meninggal. Boleh kah saya menuntut rumah tersebut sebagai milik saya sebab saya dah banyak keluarkan duit untuk rumah tersebut?
Jawapan:Memandangkan rumah tersebut atas nama arwah ayah, ia menjadi sebagai harta pusaka ayah.Jadi secara dasarnya semua waris ayah yang sah berhak terhadap harta pusaka tersebut.Pun begitu, kesemua waris boleh berbincang dan tertakluk kepada persetujuan semua boleh melepaskan hak masing-masing terhadap tanah pusaka tersebut dan menyerahkannya kepada anda.Jika kesemua pihak bersetuju dengan keputusan tersebut, maka ianya perlulah direkodkan dalam perintah pusaka. Kemudian barulah rumah tersebut boleh diturun milik kepada nama anda seorang.
3. Saya adalah salah satu penama daripada 3 bahagian tanah geran pemilikan bersama ni. Dua orang penama dah meninggal. Tetapi tak dapat kenalpasti waris-waris mereka. Bagaimana cara kalau saya nak beli tanah bahagian penama yang dah meninggal tersebut?
Jawapan:Anda perlulah terlebih dahulu mencari waris-waris terhadap penama yang dah meninggal tadi.Caranya, mungkin boleh bertanya dengan penduduk setempat, atau jika tidak berjumpa boleh iklankan dalam akhbar atau internet dan sebagainya untuk satu tempoh yang munasabah .Selepas berjumpa dengan waris-waris mereka, waris-waris tadi hendaklah menyelesaikan urusan pusaka bahagian tanah penama yang meninggal tadi.Selepas nama waris-waris dah ada dalam geran, barulah anda boleh beli bahagian tersebut dengan waris-waris tersebut.
4. Saya nak buat urusan pusaka tanah arwah ayah saya. Tapi masalahnya geran tanah tu dah hilang. Macam mana saya nak buat?
Jawapan:Anda perlu memohon untuk mendapatkan geran ganti di pejabat tanah. Caranya dengan membuat permohonan geran ganti disebabkan geran hilang, di pejabat tanah. Dan permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan laporan polis, sijil mati, resit bayaran cukai tanah, surat akuan bersumpah, carian rasmi dan lain-lain.Prosesnya mengambil masa dalam beberapa bulan.Selepas dapat geran ganti, barulah anda boleh lakukan urusan pusaka berkaitan tanah tersebut.
5. Saya nak buat urusan pusaka tanah emak saya. Tapi masalahnya adik beradik lain tak nak bagi kerjasama. Apa yang patut kami lakukan.
Jawapan:Untuk membolehkan urusan pusaka berjalan lancar semua pihak perlu beri kerjasama.Kerjasama tersebut termasuklah dari segi menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dan juga kerjasama untuk hadir semasa bicara pusaka.Sekiranya ada waris-waris yang tidak memberi kerjasama seperti tidak hadir semasa bicara pusaka tanpa alasan yang kukuh, atas budi bicara pegawai pusaka, urusan pembahagian pusaka masih boleh diteruskan dan perintah pusaka masih boleh dikeluarkan.Apabila perintah pusaka telah dikeluarkan maka semua waris yang tak beri kerjasama tadi terikat dengan perintah pusaka tersebut.
6. Saya berkenan nak beli satu tanah pusaka ni. Cuma masalahnya saya tak tahu maklumat lanjut tentang pemilik tanah tersebut dan maklumat tentang tanah tersebut.Macam mana cara untuk saya dapatkan maklumat tentang tanah pusaka tersebut?
Jawapan:Anda boleh buat carian pelan dan beli salinan pelan lokasi tanah tersebut di pejabat tanah atau di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEN).Dengan maklumat yang ada dalam pelan tersebut anda kemudiannya boleh lakukan carian rasmi di pejabat tanah.Segala maklumat rasmi berkenaan tanah tersebut anda boleh perolehi dalam carian tersebut.
Perhatian:- Jawapan di atas adalah bersifat umum semata-mata untuk maklumat umum kepada orang awam sahaja.- Untuk jawapan atau penyelesaian yang lebih tepat sila rujuk kepada pihak-pihak berotoriti seperti pejabat puska kecil, peguam pusaka, pejabat tanah dan perunding pusaka.- Penyelesaian terhadap sesuatu kes mungkin berbeza bergantung kepada fakta kes yang berkenaan.
Wallahuaklam.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.
Dora
on said
Salam arwah ayah saya adalah Salah seorang atas penama dlm Geran tanah pusaka datuk bersama dgn adik beradik arwah ayah yg lain .masalahnya skg bolehke Salah seorang penama mencagar tanah tersebut Tampa pengetahuan penama yg lain.dan apa yg cadangan jika tidak mahu keadaan itu berlaku
halima
on said
Wassalam.
Boleh saya tahu cagar kepada siapa?
Ahlong ke bank?
FAIZAH BINTI MD SHUKOR
on said
Salam,Saya , kakak n abg beli Tanah atok n kakak Saya saje yg ade Surat jual beli yg sah.. masalahnye pck saya sudah masukkan nama dlm geran mengantikan nama atok Saya dlm geran tanpa pengetahuan kami …boleh ke pck saya. menjual tanah pusaka tersebut tanpa pengetahuan.. termasuk Tanah yg kami duduki. Kami telah ditanah tersebut lebih dr 25 tahun
halima
on said
wassalam.
Jika ada surat jual beli / sale and purchase aggreement, mesti lawyer yang menguruskan telah memasukkan nama pembeli ke dalam geran.
tn. pn. boleh masukkan caveat ke dalam geran kerana mempunyai kepentingan ke atas tanah tersebut.
Caranya, isi borang caveat di pejabat tanah dan register.
Buat secepat mungkin.
Pak cik yang masukkan nama ke dalam geran tidak boleh menjual tanah tersebut sebelum meminta kebenaran orang yang memasukkan caveat.
Mohd Zulkarnain bin Mohd amin
on said
Assalamualaikum..saya nak bertanya..geran tanah arwah bapa saya telah ditukar kepada nama abang saya .abang saya pernah memanggil semua adik beradik untuk berbincang ttg hala tuju tanah tersebut..kami sepakat bersetuju utk menjual tanah tersebut..tetapi seorang abg saya tidak bersetuju..baru2 ini abag saya yg tidak bersetuju telah bertindak menahan (caviad) tanah itu bersama anak arwah kakak saya ..tanpa pengetahuan kami adik beradik.. padahal nama geran tu masih nama abang saya soalan saya..adakah tindakan itu dibenarkan(caviad) dan bolehkah kami batalkan caviad itu dan meneruskan hasrat untuk dijual tanay itu.. sekian
halima
on said
Wassalam.
kaveat boleh dibatalkan.
isi borang pembatalan caveat di pejabat tanah dan nyatakan sebab sebabnya.
Awien
on said
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Mak saya telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Waris2nya iaitu ayah dan adik beradik yang lain telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada saya. Apa tindakan yang saya boleh buat seterusnya? Nama tanah tersebut masih nama arwah mak saya. t kasih.
halima
on said
wassalam.
boleh pergi ke pejabat tanah untuk uat urusan turun milik.
azlin
on said
saya diminta oleh kakak saya utk membina rumah atas atas pusaka dimana terdapat 7 nama dalam geran dan kakak saya salah seorang penama didalam geran. apa perlu proses tertentu atau surat menyurat berdaftar atau apa yang perlu saya buat.
halima
on said
tentukan bahagian kakak di atas tanah dan dapatkan persetujuan bertulis dan bertandatangan oleh semua penama lain.
Faizul Fahmi
on said
salam saya nak tanya saya seorang penama untuk satu geran besar beserta nama pemilik lain, boleh ke saya menjual tanah bahagian saya kepada orang lain selain pemilik di dalam geran tersebut?
halima
on said
Boleh jual bahagian tuan sahaja tanpa persetujuan pemilik lain.
Cuma pecah sempadan / geran sahaja yang memerlukan persetujuan semua penama.
Nur Fatieha
on said
Salam…
Nak bertanya sebelum ni tanah di kg arwah mak saya dikatakan tanah pusaka..tp selepas kejafian banjir besar tahun 2014 dl..pakcik yg ddk di rumah pusaka tu telah mendaftarkan atas nama sendiri iaitu dia pemilik geran tanah tu…boleh ke macam itu sebab sebwlum ni tanah tu dikatakan tanah pusaka
Boleh ke dapatkan semula geran yg asal sebelum ditukar ke nama pak cik
halima
on said
geran asal disimpan oleh pejabat tanah. jika ianya tanah pusaka, pewaris boleh memasukkan kaveat ke atas tanah itu.
Anonymous
on said
Salam
Ibu saya dapat faraid tanah selepas arwah atok meninggal tahun 2012, ibu dapat tahu geran tanah tersebut ade 2 nama, which is 1 nama lg nama arwah atok dan kakak ibu membeli tanah arwah atok tersebut dengan persetujuan adik beradik tanpa ibu melihat rupa geran tanah tersebut dari kakaknya. tahun 2024 kakaknya beritahu geran hilang. Permohonan geran hilang telah dibuat atas nama kakak ibu sebagai pentadbir sebelum ini. Selepas itu, ibu sengaja membuat carian hak milik persendirian dan mendapati geran tersebut adalah hak milik ibu seorang 1/1.
Sekarang permohonan geran tanah hilang tersebut dibatalkan atas sebab kakak ibu telah jumpa geran asal dirumahnya dan tidak memaklumkan tuan tanah iaitu ibu. Dan ibu macam tiada hak ke atas tanah sendiri
Sekarang kakak ibu nak jugak nama nya atas tanah tersebut dan masih memegang geran tanah milik ibu disebabkan kakaknya sudah bayar adik-beradik jualan tanah tersebut.
Soalan saya:
1) Bolehkah kakak ibu menjual tanah 1 bahagian walaupun nama ketuanpunyaan tersebut adalah ibu 1/1 sebab sebelum ni ibu setuju tanpa melihat geran asal?
2) bolehkah kakak ibu tukar nama geran tersebut walaupun tanpa kehadiran tuan tanah dengan apa cara sekalipun?
3) macam mana ibu nak dapatkan geran miliknya semula jika kakaknya x nak pulangkan geran tersebut?
halima
on said
no. 1 : Hanya penama di geran sahaja yang boleh menjual hartanah itu.
no. 2 : Tidak boleh ditukar hakmilik tanpa persetujuan penama.
no. 3 : Dapatkan salinan geran ori di pejabat tanah. Isi borang.
Noora
on said
Assalammualaikum,
Ibu sy ada sebuah rumah, rumah tersebut dibeli atas nama pakcik sy, dan pakcik sy telah mninggal dunia sebelum siap proses tukar nama rumah tersebut. Hanya proses jual beli rumah tersebut shj dh selesai. Sales & Purchase Aggreement dah ada (both side dh sign). Cuma geran rumah masih atas nama pakcik saya yg telah meninggal dunia. Beliau mempunyai anak lelaki dan tidak mahu mmberi kerjasama utk proses penukaran nama rumah tersebut. Persoalan saya, apa cara selanjutnya yang ibu sy perlu buat utk tukar nama di geran jika anak pakcik sy xnk beri kerjasama?
halima
on said
wassalam,
1) Boleh masukkan caveat ke dalam geran tanah.
2) Ambil tindakan mahkamah sivil untuk masukkan nama ibu ke dalam geran. Proses ini melibatkan kos dan masa tapi akan ada jalan penyelesaian.
Acap
on said
Atok Dn nenek ada meninggal kan tanah
Kemudian Utk bahagian Atok dh selesai Masukkn penama baru Utk bhgian nenek mereka tak nk Masukkn nama di sebabkan perintah mahkamah agar d Masukkn nama perawis itu ada kesalahan ejaan salah seorg pewaris ..jadi bagaiman mana KLu kes seperti ini ye?
halima
on said
kena betulkan nama di atas perintah mahkamah. ambil masa sedikit.