Ejen Hartanah Kuala Kedah
“KAMI NAK JUAL HARTANAH DI Kuala Kedah
TAPI TAK TAHU CARA NAK DAPATKAN PEMBELI DENGAN CEPAT DAN TEPAT?”
NAK TAK KALAU KAMI KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA DENGAN BETUL
Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri saya,
Kami Halima Mohamed dan Mohammad Hassan merupakan Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Jual Hartanah Berdaftar) dan telah terlibat dalam bidang hartanah secara FULL TIME selama 17 tahun. Sepanjang 17 tahun ini, saya telah terlibat dalam menguruskan hartanah korporat, jual beli hartanah untuk pasaran sekunder (subsale) dan portfolio pelaburan untuk pelabur hartanah.
Dari pengalaman tersebut, saya telah terlibat dengan segala jenis hartanah iaitu hartanah untuk pembangunan, hartanah untuk pertanian, hartanah untuk perladangan, hartanah untuk komersil, hartanah industri, hartanah kediaman dan hartanah lot banglo.
Sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Jual Hartanah Berdaftar), saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).
OK JOM KITA SAMBUNG, SAYA KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL HARTANAH ANDA DENGAN BETUL
SEMAK DAHULU HARGA PASARAN HARTANAH ANDA
Sebelum nak jual hartanah anda, perkara pertama dan terpenting anda lakukan adalah dengan menyemak terlebih dahulu berapa harga pasaran untuk hartanah anda.
Anda boleh bertanya jurunilai untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Ini untuk mengelakkan daripada anda menjual hartanah anda dengan harga yang terlalu mahal sehinggakan tiada orang yang berminat untuk membeli hartanah anda.
Cara terbaik adalah dengan menghubungi ejen jual hartanah untuk mendapatkan harga pasaran yang betul kerana ejen jual hartanah biasanya telah mempunyai senarai harga pasaran di sesuatu kawasan.
CARI PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI HARTANAH ANDA
Selepas anda dapatkan harga pasaran, anda perlu cari pembeli dengan mengiklankan hartanah anda di mana-mana medium pengiklanan. Anda boleh gunakan platform Facebook, Instagram atau Mudah.my Propertyguru untuk mengiklankannya.
Jika ada pembeli yang berminat, kebiasaannya pembeli akan membuat lawatan tapak (sive visit) untuk mengetahui adakah hartanah anda strategik dan adakah harga yang anda tawarkan sesuai dengan lokasi hartanah anda.
Pastikan juga anda filter atau tapis pembeli anda sebelum membawa pembeli untuk membuat lawatan tapak supaya anda tahu pembeli layak membuat pinjaman atau mempunyai cash untuk pembelian hartanah itu nanti.
SEDIAKAN SEGALA DOKUMEN BERKAITAN
Jika pembeli dah setuju untuk meneruskan pembelian setelah lawatan tapak dilakukan, pembeli akan membayar wang deposit sebagai tanda jadi. Ketika ini, anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk meneruskan proses jualbeli tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:
-
- Dokumen hakmilik/ geran asal / geran individu.
-
- Dokumen carian hakmilik persendirian / rasmi / ctc dari Pejabat Tanah.
-
- Resit bayaran terkini Cukai Tanah.
-
- Resit bayaran terkini Cukai Pintu/ Cukai Taksiran (jika tanah status bangunan)
-
- Salinan kad pengenalan penjual dan pembeli.
-
- Surat setuju jual yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli.
Pastikan hartanah yang anda nak jual tu bebas dari sebarang kaveat persendirian / pendaftar dan lien.
ISI DAN LENGKAPKAN BORANG PINDAHMILIK
Selepas semua dokumen disiapkan, anda perlu dapatkan borang pindah milik /14A dari Pejabat Tanah dan melengkapkan borang tersebut.
Borang tersebut hendaklah dikembalikan ke Pejabat Tanah untuk proses tukar nama yang akan dilakukan oleh Pejabat Tanah. Semasa proses ini, anda perlu pastikan pembeli telah melunaskan sekurang – kurangnya 50% bayaran untuk harga jualan hartanah tersebut.
BAYAR DUTI SETEM UNTUK PROSES PENJUALAN HARTANAH
Akhir sekali, setelah penjualan selesai, jangan lupa untuk membuat bayaran Duti Setem untuk urusan pindahmilik tersebut.
Proses pembayaran Duti Setem boleh dilakukan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan anda. Ada pengiraan berapakah bayaran Duti Setem yang dikenakan berdasarkan taksiran hartanah dari penilai berdaftar.
NAK CARA JUAL YANG LAGI MUDAH? nampak macam susah jer untuk anda buat semua di atas.
ya. ada…
ANDA LANTIK KAMI SEBAGAI EJEN JUAL HARTANAH BERDAFTAR ANDA. Anda tak perlu susah-susah dan bebaskan fikiran anda untuk lakukan semua proses yang kami sebutkan di atas.
Sebab kami faham, jika anda adalah golongan seperti berikut;
-
- Pertama kali nak jual hartanah.
-
- Tiada pengalaman dalam urusan jualbeli hartanah.
-
- Takut tertipu dengan pembeli yang tak tahu dari mana dan yang menipu dalam urusan jualbeli hartanah.
-
- Serik berurusan dengan broker hartanah yang ambil keuntungan berganda dari tuan tanah.
Maka, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat penjualan dengan Ejen Jual hartanah Berdaftar yang mahir tentang proses teknikal urusan penjualan hartanah. Pastian Ejen Jual hartanah yang dilantik adalah berdaftar dan dipercayai.
Sebabnya, dalam soal jualbeli hartanah ini, jangan mudah percaya dengan sebarang orang perseorangan. Seorang Ejen Jual hartanah biasanya adalah antara individu yang boleh dipercayai kerana Ejen Jual hartanah adalah individu yang berdaftar, mahir dan telah melakukan banyak transaksi jualan hartanah.
KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN JUAL HARTANAH BERDAFTAR?
Anda akan mendapat servis konsultasi mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH sebagai seorang ejen jual hartanah berdaftar dan terlatih. Ini kerana seorang ejen jual hartanah berdaftar akan sentiasa dipantau oleh LPPEH.
Penjualan hartanah anda akan diuruskan secara profesional dan kepentingan anda sebagai klien akan sentiasa dilindungi. Kami akan sentiasa memastikan hasrat anda untuk menjual hartanah anda akan tercapai dan berjalan lancar.
Apakah Strategi dan Teknik Yang Saya Gunakan Untuk Memastikan Hartanah Anda Berjaya Dijual?
1. Kajian harga
Kebiasaannya, kami dan ejen hartanah berdaftar dalam kumpulan saya akan melakukan kajian pasaran sebelum mengiklan sesuatu hartanah.
Ini termasuklah mendapatkan nilai pasaran dan harga permintaan semasa. Ini adalah untuk memastikan hartanah yang diiklankan kekal kompetitif dan boleh bersaing dengan hartanah lain yang berhampiran
2. Teknik Fotografi
Gambar hartanah dan persekitaran hartanah anda akan diambil menggunakan dron untuk mendapatkan gambaran sebenar tanah dari udara. Dengan adanya gambar dron, pembeli dapat melihat keseluruhan tanah anda dengan lebih jelas.
90% pembeli membuat tindakan pertama adalah dengan melihat gambar. Gambar yang menarik adalah kredit bagi tanah yang diiklankan. Bukan semua ejen hartanah berdaftar mempunyai dron untuk mengambil gambar.
3. Proposal Jualan
Saya akan menyediakan satu proposal jualan mengenai tanah yang hendak dijual. Dengan adanya proposal jualan hartanah ini, pembeli dapat melihat info yang lebih jelas dan semestinya penjualan hartanah tersebut dapat dilakukan dengan lebih tertumpu.
Bagi lantikan eksklusif , saya akan memastikan proposal jualan dihantar dengan lebih banyak dan lebih kerap kepada pembeli untuk mendapatkan lebih ramai pembeli yang berminat.
4. Jaringan Kerjasama Yang baik
Sebagai Perunding Hartanah Berdaftar (Ejen Jual Hartanah Berdaftar), saya mempunyai hubungan baik dengan jurukur, penilai dan peguam hartanah bagi melancarkan urusan penjualan hartanah anda.
Anda tidak perlu bersusah-payah kerana kami akan uruskan kesemuanya. Ianya adalah seperti one-stop-centre untuk servis berkaitan jualbeli hartanah.
TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. KAMI SEDIA MEMBANTU
konsultasi mengenai Market analisis percuma
Sekiranya anda merancang untuk menjual hartanah anda dalam masa terdekat, kami menyediakan konsultasi mengenai market analisis secara PERCUMA. Selain itu, kami juga akan memberi khidmat nasihat awal sebelum anda membuat keputusan untuk melantik kami sebagai ejen jual hartanah berdaftar untuk menjual hartanah anda.
Antara khidmat awal yang akan diberikan adalah seperti anggaran tempoh masa penjualan selesai, persediaan awal yang perlu dibuat oleh setiap pemilik hartanah, senarai dokumen diperlukan, kos peguam dan lain.
JANGAN TUNGGU LAGI. HUBUNGI SAYA SEKARANG
WHATSAPP ATAU CALL SAYA
+6012-3792584
ATAU ANDA BOLEH ISI BORANG DI BAWAH. SAYA DAN RAKAN TEAM AKAN MENGHUBUNGI ANDA SECEPAT MUNGKIN