Ejen Tanah Batang Kali

“KAMI NAK JUAL TANAH TAPI TAK TAHU CARA NAK DAPATKAN PEMBELI DENGAN CEPAT DAN TEPAT?”

NAK TAK KALAU KAMI KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL TANAH ANDA DENGAN BETUL

Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri saya,

Ejen Tanah Batang Kali

Kami Halima Mohamed dan Mohammad Hassan merupakan Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar) dan telah terlibat dalam bidang hartanah selama 15 tahun. Sepanjang 15 tahun ini, saya telah terlibat dalam menguruskan hartanah korporat, jual beli tanah untuk pasaran sekunder (subsale) dan portfolio pelaburan untuk pelabur hartanah.

Dari pengalaman tersebut, saya telah terlibat dengan segala jenis tanah iaitu tanah untuk pembangunan, tanah untuk pertanian, tanah untuk perladangan, tanah untuk komersil, tanah industri, tanah kediaman dan tanah lot banglo.

Sebagai seorang Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar), saya perlu bersikap profesional dan tertakluk pada akta dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kerajaan dan dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).

OK JOM KITA SAMBUNG, SAYA KONGSIKAN #5 CARA UNTUK JUAL TANAH ANDA DENGAN BETUL

SEMAK DAHULU HARGA PASARAN TANAH ANDA

Ejen Tanah Batang Kali

Sebelum nak jual tanah anda, perkara pertama dan terpenting anda lakukan adalah dengan menyemak terlebih dahulu berapa harga pasaran untuk tanah anda.

Anda boleh bertanya jurunilai untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Ini untuk mengelakkan daripada anda menjual tanah anda dengan harga yang terlalu mahal sehinggakan tiada orang yang berminat untuk membeli tanah anda.

Cara terbaik adalah dengan menghubungi ejen jual tanah untuk mendapatkan harga pasaran yang betul kerana ejen jual tanah biasanya telah mempunyai senarai harga pasaran di sesuatu kawasan.

CARI PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI TANAH ANDA

Selepas anda dapatkan harga pasaran, anda perlu cari pembeli dengan mengiklankan tanah anda di mana-mana medium pengiklanan. Anda boleh gunakan platform FacebookInstagram atau Mudah.my Propertyguru untuk mengiklankannya.

Jika ada pembeli yang berminat, kebiasaannya pembeli akan membuat lawatan tapak (sive visit) untuk mengetahui adakah tanah anda strategik dan adakah harga yang anda tawarkan sesuai dengan lokasi tanah anda.

Pastikan juga anda filter atau tapis pembeli anda sebelum membawa pembeli untuk membuat lawatan tapak supaya anda tahu pembeli layak membuat pinjaman atau mempunyai cash untuk pembelian tanah itu nanti.

SEDIAKAN SEGALA DOKUMEN BERKAITAN

Jika pembeli dah setuju untuk meneruskan pembelian setelah lawatan tapak dilakukan, pembeli akan membayar wang deposit sebagai tanda jadi. Ketika ini, anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk meneruskan proses jualbeli tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:

  1. Dokumen hakmilik/ geran asal / geran individu.
  2. Dokumen carian hakmilik persendirian / rasmi / ctc dari Pejabat Tanah.
  3. Resit bayaran terkini Cukai Tanah.
  4. Resit bayaran terkini Cukai Pintu/ Cukai Taksiran (jika tanah status bangunan)
  5. Salinan kad pengenalan penjual dan pembeli.
  6. Surat setuju jual yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli.

Pastikan tanah yang anda nak jual tu bebas dari sebarang kaveat persendirian / pendaftar dan lien.

ISI DAN LENGKAPKAN BORANG PINDAHMILIK

Selepas semua dokumen disiapkan, anda perlu dapatkan borang pindah milik /14A dari Pejabat Tanah dan melengkapkan borang tersebut.

Borang tersebut hendaklah dikembalikan ke Pejabat Tanah untuk proses tukar nama yang akan dilakukan oleh Pejabat Tanah. Semasa proses ini, anda perlu pastikan pembeli telah melunaskan sekurang – kurangnya 50% bayaran untuk harga jualan tanah tersebut.

BAYAR DUTI SETEM UNTUK PROSES PENJUALAN TANAH

Akhir sekali, setelah penjualan selesai, jangan lupa untuk membuat bayaran Duti Setem untuk urusan pindahmilik tersebut.

Proses pembayaran Duti Setem boleh dilakukan di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan anda. Ada pengiraan berapakah bayaran Duti Setem yang dikenakan berdasarkan taksiran tanah dari penilai berdaftar.

NAK CARA JUAL YANG LAGI MUDAH? nampak macam susah jer untuk anda buat semua di atas.

ya. ada…

ANDA LANTIK KAMI SEBAGAI EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR ANDA. Anda tak perlu susah-susah dan bebaskan fikiran anda untuk lakukan semua proses yang kami sebutkan di atas.

Sebab kami faham, jika anda adalah golongan seperti berikut;

  1. Pertama kali nak jual tanah.
  2. Tiada pengalaman dalam urusan jualbeli tanah.
  3. Takut tertipu dengan pembeli yang tak tahu dari mana dan yang menipu dalam urusan jualbeli tanah.
  4. Serik berurusan dengan broker tanah yang ambil keuntungan berganda dari tuan tanah.

Maka, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat penjualan dengan Ejen Jual Tanah Berdaftar yang mahir tentang proses teknikal urusan penjualan tanah. Pastian Ejen Jual Tanah yang dilantik adalah berdaftar dan dipercayai.

Sebabnya, dalam soal jualbeli tanah ini, jangan mudah percaya dengan sebarang orang perseorangan. Seorang Ejen Jual Tanah biasanya adalah antara individu yang boleh dipercayai kerana Ejen Jual Tanah adalah individu yang berdaftar, mahir dan telah melakukan banyak transaksi jualan hartanah.

KENAPA ANDA PERLU MELANTIK EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR?

Anda akan mendapat servis konsultasi mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH sebagai seorang ejen jual tanah berdaftar dan terlatih. Ini kerana seorang ejen jual tanah berdaftar akan sentiasa dipantau oleh LPPEH.

Penjualan tanah anda akan diuruskan secara profesional dan kepentingan anda sebagai klien akan sentiasa dilindungi. Kami akan sentiasa memastikan hasrat anda untuk menjual tanah anda akan tercapai dan berjalan lancar.

Apakah Strategi dan Teknik Yang Saya Gunakan Untuk Memastikan Tanah Anda Berjaya Dijual?

1. Kajian harga

Kebiasaannya, kami dan ejen tanah berdaftar dalam kumpulan saya akan melakukan kajian pasaran sebelum mengiklan sesuatu hartanah.

Ini termasuklah mendapatkan nilai pasaran dan harga permintaan semasa. Ini adalah untuk memastikan tanah yang diiklankan kekal kompetitif dan boleh bersaing dengan tanah lain yang berhampiran

2. Teknik Fotografi

ejen tanah berdaftar

Gambar tanah dan persekitaran tanah anda akan diambil menggunakan dron untuk mendapatkan gambaran sebenar tanah dari udara. Dengan adanya gambar dron, pembeli dapat melihat keseluruhan tanah anda dengan lebih jelas.

90% pembeli membuat tindakan pertama adalah dengan melihat gambar. Gambar yang menarik adalah kredit bagi tanah yang diiklankan. Bukan semua ejen hartanah berdaftar mempunyai dron untuk mengambil gambar.

3. Proposal Jualan

ejen tanah berdaftar

Saya akan menyediakan satu proposal jualan mengenai tanah yang hendak dijual. Dengan adanya proposal jualan tanah ini, pembeli dapat melihat info yang lebih jelas dan semestinya penjualan tanah tersebut dapat dilakukan dengan lebih tertumpu.

Bagi lantikan eksklusif , saya akan memastikan proposal jualan dihantar dengan lebih banyak dan lebih kerap kepada pembeli untuk mendapatkan lebih ramai pembeli yang berminat.

4. Jaringan Kerjasama Yang baik

EJEN JUAL TANAH BERDAFTAR

Sebagai Perunding Tanah Berdaftar (Ejen Jual Tanah Berdaftar), saya mempunyai hubungan baik dengan jurukur, penilai dan peguam hartanah bagi melancarkan urusan penjualan tanah anda.

Anda tidak perlu bersusah-payah kerana kami akan uruskan kesemuanya. Ianya adalah seperti one-stop-centre untuk servis berkaitan jualbeli tanah.

TAWARAN HEBAT UNTUK ANDA. KAMI SEDIA MEMBANTU

konsultasi mengenai Market analisis percuma

Sekiranya anda merancang untuk menjual tanah anda dalam masa terdekat, kami menyediakan konsultasi mengenai market analisis secara PERCUMA. Selain itu, kami juga akan memberi khidmat nasihat awal sebelum anda membuat keputusan untuk melantik kami sebagai ejen jual tanah berdaftar untuk menjual tanah anda.

Antara khidmat awal yang akan diberikan adalah seperti anggaran tempoh masa penjualan selesai, persediaan awal yang perlu dibuat oleh setiap pemilik tanah, senarai dokumen diperlukan, kos peguam dan lain.

JANGAN TUNGGU LAGI. HUBUNGI SAYA SEKARANG

WHATSAPP ATAU CALL SAYA

Ejen Tanah Sungai Ramal

+6012-3792584

ATAU ANDA BOLEH ISI BORANG DI BAWAH. SAYA DAN RAKAN TEAM AKAN MENGHUBUNGI ANDA SECEPAT MUNGKIN

YA SAYA NAK JUAL TANAH SAYA. SILA BANTU SAYA.

    Sila isi borang di bawah dengan maklumat yang jelas dan tepat.

    Nama Anda (wajib)

    No. Telefon Anda (wajib)

    Alamat E-mail Anda (wajib)

    Alamat Tanah (wajib)

    Keluasan (wajib)

    Kategori Penggunaan Tanah (wajib)

    Anggaran Harga Nak Jual