Semakan harga semasa hartanah sangat penting sebelum sebarang transaksi jual beli dilakukan. Ini bagi mengelakkan kerugian besar akibat membeli terlalu mahal (di atas harga pasaran) atau menjual terlalu murah, serta memastikan pinjaman bank diluluskan berdasarkan nilai sebenar.
Selain itu semakan nilai semasa hartanah adalah langkah pertama sebelum meneruskan proses jual beli hartanah. Nilai semasa hartanah mestilah melebihi baki pinjaman atau ada lebihan harga jualan bagi mengelakkan masalah semasa “redemption” baki pinjaman.
Nilai Hartanah boleh ditentukan melalui beberapa method yang sering digunakan seperti berikut :
- Method perbandingan
Method ini digunakan untuk penilaian berdasarkan perbandingan harga, saiz, jenis dan kondisi hartanah. Hartanah yang biasa menggunakan method ini adalah rumah, kedai, ofis, tanah, kilang dan gudang.
2. Method keuntungan
Method ini digunakan berdasarkan penyata untung rugi tahunan, aliran wang keluar masuk, jualan, sewaan dan nilai bisnes. Contoh hartanah yang menggunakan method ini adalah hotel, station minyak dan hospital swasta.
3. Method kos.
Method ini biasa digunakan untuk hartanah seperti sekolah, bangunan kerajaan, institusi agama dan hospital. Method ini digunakan untuk bangunan yang dibina bukan bertujuan untuk dijual seperti pengambilan tanah dan bangunan untuk projek infrastruktur lebuhraya dan LRT.
4. Method residual
Method ini digunakan untuk menilai tanah tanah pembangunan (development land). Kaedahnya adalah menilai berdasarkan nilai pembangunan kasar ditolak dengan nilai kos kasar.
5. Method pelaburan
Method ini biasa digunakan oleh pelabur ke atas hartanah untuk menentukan keuntungan atas sewaan dan jangkaan keuntungan atas pelaburan jangka panjang seperti nilai bangunan selepas 10 tahun dibeli.
Berikut adalah kepentingan dan cara menyemak harga tanah :
Mengapa Perlu Semak nilai semasa hartanah?
- Bank cuma guna Nilai Pasaran: Bank tidak memberi pinjaman berdasarkan harga yang ditetapkan oleh penjual, sebaliknya mengikut penilaian nilai pasaran yang diberikan oleh penilai berdaftar, jadi pembeli mungkin terpaksa top up tunai jika harga jual melebihi nilai pasaran.
- Elak “Overprice”: Memastikan harga yang ditawarkan oleh penjual atau ejen tidak melebihi nilai pasaran. jika ini berlaku, pembeli menanggung kerugian kerana membeli hartanah melebihi harga sebenar yang ditetapkan oleh penilai berdaftar.
- Potensi Pembangunan: Mengetahui nilai sebenar tanah, terutamanya jika ia mempunyai potensi pembangunan (contoh: tanah pertanian yang mempunyai berpotensi jadi bangunan kediaman, bangunan komersial dan bangunan industri).
Cara Semak Harga Pasaran Tanah:
- Laman Web Brickz: Gunakan laman web seperti Brickz untuk menyemak transaksi sebenar tanah atau rumah di kawasan tersebut. Laman web ini adalah berbayar.
- Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH): Dapatkan maklumat daripada pejabat JPPH terdekat untuk anggaran penilaian. Anda hanya perlu memberikan alamat hartanah / no lot / geran untuk JPPH berikan senarai penilaian semasa hartanah di kawasan itu.
- Ejen Hartanah Berdaftar: Minta bantuan ejen hartanah untuk mendapatkan analisis perbandingan kawasan (Method perbandingan/residual/keuntungan/pelaburan).
- Perbandingan Tanah Berdekatan: Lihat tanah yang sedang dijual di kawasan sekitar sebagai rujukan harga (method perbandingan / method residual).
Membuat semakan nilai semasa harga pasaran (market value) adalah langkah pertama yang paling penting dalam transaksi hartanah di Malaysia.
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.
Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :
https://ejenhartanahkl.com/artikel
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.