Menjual tanah melalui ejen hartanah (berdaftar) lebih selamat dan pantas kerana mereka mempunyai rangkaian ejen ejen yang mempunyai database pembeli, mempunyai database transaksi harga, dan menguruskan dokumen yang berkaitan jual beli serta mengesyorkan peguam yang berpengalaman serta mempuyai rekod yang baik. Jual sendiri menjimatkan kos komisen ejen, tetapi memerlukan masa untuk menapis dan melayan pembeli, ilmu undang-undang hartanah, dan pemasaran di medium yang bersesuaian dengan kos sehingga terjual. 

Berikut adalah panduan untuk membuat keputusan :

1. Guna Ejen Hartanah (Registered Agent)

  • Kelebihan melantik ejen hartanah :
    • Mempunyai networking yang Luas: Ejen mempunyai akses kepada pelabur hartanah, penyewa dan pembeli pembeli yang berkelayakan.
    • Pemasaran luas dan medium berbayar: Tanah diiklankan di platform strategik yang mempunyai tumpuan pembeli yang ramai.
    • Memudahkan urusan sehingga selesai : Ejen melakukan proses tapisan pembeli, menjimatkan masa, mengurus pembeli melihat dan mendapatkan nasihat semasa lawatan tapak dan membantu mendapatkan peguam yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik.
    • Kepakaran menentukan harga yang bersesuaian dengan potensi tanah : Memastikan tanah dijual pada harga pasaran yang tertinggi serta memaksimumkan potensi penggunaan tanah kepada pembeli.
  • Kos: Komisen maksimum 3% + 8% SST daripada harga jualan. 

2. Menjual Sendiri (Direct Owner)

  • Kelebihan: Menjimatkan pembayaran komisen kepada ejen hartanah (contoh: tanah RM500k, jimat RM15,000).
  • Risiko/Tanggungjawab:
    • Perlu menyemak status tanah / sekatan pindah milik di Pejabat Tanah sendiri.
    • Perlu mengiklankan, melayan panggilan pembeli, perlu menapis pembeli serius.
    • Risiko penipuan dari pembeli melalui sindiket atau dokumen tidak lengkap dan tidak dikembalikan, tidak menerima bayaran penuh selepas pindah milik selesai.
  • Langkah Penting: Sediakan dokumen lengkap (geran, IC, pelan, cukai tanah, surat beranak, surat surat berkaitan hartanah seperti easement) dan lantik peguam untuk S&P (Sale and Purchase Agreement). 

3. Faktor Pemilihan menggunakan ejen hartanah

  • Guna Ejen Jika: Tiada masa untuk menguruskan proses jual beli, tidak tahu prosedur undang-undang berkaitan hartanah, perlukan jualan pantas (cash out) dalam masa yang singkat, atau tanah berada jauh di luar kawasan yang anda tinggal.
  • Jual Sendiri Jika: Mempunyai masa untuk menguruskan proses jual beli, faham selok-belok urusan dan undang undang berkaitan jual beli hartanah, atau pembeli sudah sedia ada. 

Kesimpulan: Jika ingin mengurangkan risiko kerugian masa, duit dan tenaga, gunakan ejen hartanah berdaftar (elakkan ejen haram / broker maut). Jika pemilik seorang yang pernah melakukan urusan jual beli, ingin berjimat dan ada masa, bolehlah mencuba untuk jual sendiri. 

Nota: Sentiasa lantik peguam hartanah yang berpengalaman dan mempunyai rekod yang baik untuk menguruskan pindah milik dan perjanjian bagi kedua-dua penjual dan pembeli hartanah. 

Sekian untuk perkongsian kali ini.

Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.

Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :

https://ejenhartanahkl.com/artikel

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.

 

https://www.youtube.com/watch?v=nsqs1rGH1VE&t=1s