Tips beli Tanah Pertanian

Tips beli Tanah Pertanian Ada beberapa cara.

Di senaraikan Tips beli Tanah Pertanian seperti berikut :

1) Pinjaman Bank.- Kebanyakan bank hanya memberi pinjaman sehingga 50% dari harga belian.- Agro bank memberikan pinjaman sehingga 90% dari harga belian.- Disebabkan margin pinjaman yang rendah, kebanyakan pembeli tidak mampu untuk menyediakan tunai yang mencukupi untuk menampung jumlah baki belian, kos sampingan serta kos membangunkan tanah.

2) Tunai solo.- Kebiasaannya belian tanah pertanian adalah dalam bentuk tunai.- Harga yang ditawarkan oleh penjual lebih menarik kerana urusan penjual lebih mudah dan tempoh menunggu wang jualan lebih singkat.- Pembeli perlu menyediakan bulan sekadar wang belian tanah malah kos sampingan dan kos membangunkan tanah.

3) Tunai JV.- Cara ini lebih memudahkan dalam pemilikan tanah pertanian.- Beberapa pembeli JV untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian.- Nama yang boleh dimasukkan di dalam geran bergantung kepada saiz tanah dan jumlah pemilik asal dalam geran.- Contoh jika 1 pemilik asal dan saiz 1 ekar, hanya satu nama saja boleh dimasukkan.

4) Pajak dengan opsyen untuk membeli.- Tempoh minimum pajakan adalah 3 tahun dan ke atas.- Biasanya pajakan adalah untuk tanaman kontan atau “Cash Crop”.- Jarang pemilik memberikan pajakan untuk tanaman kekal seperti durian.- Jika ada pun diberikan pajakan, ada terma – terma tertentu yang perlu dipersetujui oleh kedua – dua pihak.- Kadar sewaan bergantung pada terma 3 + 3, 3 + 1, 3+ 2 tahun dan kadar sewa diperbaharui setiap kali memperbaharui perjanjian pajakan.- Opsyen untuk membeli akan ditawarkan kepada pemajak dahulu sebelum ditawarkan kepada umum.- Penjualan tanah adalah bersama2 dengan pemajak dan pemajak tidak boleh dikeluarkan dari tanah sehingga tempoh pajakan selesai..

Adalah dinasihatkan untuk pembeli dan penjual merujuk kepada pejabat tanah, peguam, ejen hartanah, juruukur, penilai dan pegawai bank dalam transaksi pembelian hartanah untuk memudahkan urusan dan melancarkan proses jual beli.

1) Secara terus dengan pemilik.- sign borang 14a di pejabat tanah dan bayar.- segala inspection, viewing, carian, semakan insolvensi dibuat sendiri pembeli.- permohonan pindah milik pajakan pun diuruskan sendiri oleh penjual.

2) Lantikan peguam.- Carian, semakan insolvensi, faraid, perintah mahkamah, sign borang 14a, permohonan pindah milik, melepaskan gadaian diuruskan oleh peguam dan runner peguam.

3) Ejen hartanah / Perunding hartanah.- Inspection dan viewing diuruskan oleh ejen.- Rundingan harga diuruskan oleh ejen.- booking yang dibayar dipulangkan semula sekiranya pinjaman tidak diluluskan (terma persetujuan penjual).- urusan carian peguam, banker, jurukur, kontraktor kerja tanah bakal diuruskan ejen bergantung pada kekuatan networking ejen.- capaian iklan lebih meluas.- capaian database listing dan pembeli lebih meluas.- capaian jaringan antara ejen seluruh malaysia lebih luas.- deal tertakluk pada pemantauan LPPEH.

4) Broker.- Broker tidak dibenarkan mengambil deposit oleh undang – undang.- Broker tidak dilatih oleh badan pemantauan hartanah.- deposit yang dibayar tidak terjamin untuk refund.- kadar pengambilan komisen tidak standard..

Terdapat banyak cara atau medium untuk membeli tanah pertanian.Gunakan medium tersebut sebaiknya.Juga boleh menjimatkan kos jika sudah mahir dengan cara – cara jual beli tanah pertanian.Jika anda seorang “beginner” adalah disyorkan untuk menggunakan pihak – pihak yang mahir dalam proses jual beli tanah pertanian.

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.