Waris Tuntut Rumah Pusaka

DAH KELUAR MODAL BAIKI RUMAH PUSAKA, TIBA-TIBA ADA Waris Tuntut Rumah Pusaka TERSEBUT. APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN?

Kerap juga berlaku keadaan ini dalam masyarakat kita.Seseorang telah keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk baiki rumah pusaka peninggalan datuk/ ayah beliau.Permulaannya tidak timbul masalah. Bahkan semua waris bersetuju secara lisan dan membenarkan dia untuk baiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.Tetapi setelah lihat rumah itu semakin cantik, maka mulalah ada dikalangan waris yang menuntut hak mereka.Jika keadaan di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

1. Dalam kes di atas, sepatutnya sebelum seseorang membuat sebarang renovasi terhadap rumah pusaka dan bercadang untuk tinggal di rumah tersebut, dia perlulah mendapatkan PERSETUJUAN BERTULIS daripada kesemua waris.

2. Perlu ada satu perjanjian hitam putih yang sah antara dia dengan semua waris yang menyatakan waris-waris membenarkan dia baiki dan tinggal di rumah tersebut.

3. Pun begitu perlu diingatkan, walau apapun kebenaran yang telah diberikan, dari segi perundangan, memandangkan nama semua waris-waris masih lagi ada di dalam geran dan didaftarkan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut, maka mereka tetap mempunyai hak terhadap pemilikan tanah dan rumah yang ada di atas tanah tersebut.

4. Perjanjian dan kebenaran yang diberikan tidak akan menjadikan waris-waris tadi hilang hak mereka sepenuhnya sebagai pemilik terhadap tanah dan rumah tersebut.

5. Sebab itu saya lebih suka sekiranya seseorang benar-benar mahukan rumah pusaka peninggalan si mati, dia perlulah berunding dengan waris-waris untuk memindah milikkan tanah tersebut kepadanya sama ada melalui balasan kasih sayang atau secara jual beli.

6. Dengan cara sedemikian, hak dan kepentingannya akan dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Saya fikir itu cara yang lebih selamat.

7. Namun, jika perkara itu telah berlaku, apakah anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut?

8. Secara umumnya, anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut. Namun anda perlulah membuktikan bahawa anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada semua waris untuk membaiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.

9. Cuma yang jadi masalahnya adalah, apabila tiada nya persetujuan bertulis antara anda dan waris-waris. Yang ada sekadar kebenaran lisan sahaja.

10. Namun , sekiranya anda dapat mengemukakan saksi-saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan anda tersebut, mahkamah mungkin boleh membenarkan tuntutan anda itu.

11. Pun begitu sebagaimana yang saya nyatakan tadi ia tidak akan menafikan hak waris waris tadi terhadap tanah tersebut kerana nama mereka masih didaftarkan sebagai pemilik berdaftar yang diiktiraf oleh undang-undang, sedangkan anda hanyalah mempunyai hak benefisial sahaja terhadap tanah dan rumah tersebut.

12. Apapun terpulang kepada kebijaksanaan peguam peguam kedua dua belah pihak untuk berhujah di mahkamah dari segi undang-undang dan tanpa mengenepikan elemen-elemen ekuiti dan kontrak lisan yang wujud dalam kes tersebut.

13. Keputusan akhir terpulang kepada hakim mahkamah yang bijaksana untuk memutuskannya.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.