Tanah Pusaka dan Penyelesaian

ANTARA MASALAH-MASALAH BIASA BERKAITAN Tanah Pusaka dan Penyelesaian.Selalu sangat saya di ajukan dengan soalan-soalan begini melibatkan tanah pusaka.

1. Ayah saya dah meninggal. Dalam geran masih lagi nama datuk saya. Datuk pun dah meninggal lama. Kami adik beradik dah setuju nak jual tanah tu. Bolehkah kalau kami pakat jual tanah tersebut?

Jawapan :Tak boleh jual selagi belum diselesaikan urusan pusaka berkaitan tanah tersebut terlebih dahulu.Jadi, waris-waris perlulah selesaikan urusan pusaka datuk dan kemudiannya pusaka ayah terlebih dahulu.Selepas kesemua nama waris yang berhak telah ada dalam geran barulah tanah tersebut boleh dijual.

2. Saya telah diminta oleh ayah saya untuk bantu dia beli rumah. Jadi saya pun banyak keluar kan duit saya untuk tujuan tersebut. Sekarang ayah dah meninggal. Boleh kah saya menuntut rumah tersebut sebagai milik saya sebab saya dah banyak keluarkan duit untuk rumah tersebut?

Jawapan:Memandangkan rumah tersebut atas nama arwah ayah, ia menjadi sebagai harta pusaka ayah.Jadi secara dasarnya semua waris ayah yang sah berhak terhadap harta pusaka tersebut.Pun begitu, kesemua waris boleh berbincang dan tertakluk kepada persetujuan semua boleh melepaskan hak masing-masing terhadap tanah pusaka tersebut dan menyerahkannya kepada anda.Jika kesemua pihak bersetuju dengan keputusan tersebut, maka ianya perlulah direkodkan dalam perintah pusaka. Kemudian barulah rumah tersebut boleh diturun milik kepada nama anda seorang.

3. Saya adalah salah satu penama daripada 3 bahagian tanah geran pemilikan bersama ni. Dua orang penama dah meninggal. Tetapi tak dapat kenalpasti waris-waris mereka. Bagaimana cara kalau saya nak beli tanah bahagian penama yang dah meninggal tersebut?

Jawapan:Anda perlulah terlebih dahulu mencari waris-waris terhadap penama yang dah meninggal tadi.Caranya, mungkin boleh bertanya dengan penduduk setempat, atau jika tidak berjumpa boleh iklankan dalam akhbar atau internet dan sebagainya untuk satu tempoh yang munasabah .Selepas berjumpa dengan waris-waris mereka, waris-waris tadi hendaklah menyelesaikan urusan pusaka bahagian tanah penama yang meninggal tadi.Selepas nama waris-waris dah ada dalam geran, barulah anda boleh beli bahagian tersebut dengan waris-waris tersebut.

4. Saya nak buat urusan pusaka tanah arwah ayah saya. Tapi masalahnya geran tanah tu dah hilang. Macam mana saya nak buat?

Jawapan:Anda perlu memohon untuk mendapatkan geran ganti di pejabat tanah. Caranya dengan membuat permohonan geran ganti disebabkan geran hilang, di pejabat tanah. Dan permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan laporan polis, sijil mati, resit bayaran cukai tanah, surat akuan bersumpah, carian rasmi dan lain-lain.Prosesnya mengambil masa dalam beberapa bulan.Selepas dapat geran ganti, barulah anda boleh lakukan urusan pusaka berkaitan tanah tersebut.

5. Saya nak buat urusan pusaka tanah emak saya. Tapi masalahnya adik beradik lain tak nak bagi kerjasama. Apa yang patut kami lakukan.

Jawapan:Untuk membolehkan urusan pusaka berjalan lancar semua pihak perlu beri kerjasama.Kerjasama tersebut termasuklah dari segi menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dan juga kerjasama untuk hadir semasa bicara pusaka.Sekiranya ada waris-waris yang tidak memberi kerjasama seperti tidak hadir semasa bicara pusaka tanpa alasan yang kukuh, atas budi bicara pegawai pusaka, urusan pembahagian pusaka masih boleh diteruskan dan perintah pusaka masih boleh dikeluarkan.Apabila perintah pusaka telah dikeluarkan maka semua waris yang tak beri kerjasama tadi terikat dengan perintah pusaka tersebut.

6. Saya berkenan nak beli satu tanah pusaka ni. Cuma masalahnya saya tak tahu maklumat lanjut tentang pemilik tanah tersebut dan maklumat tentang tanah tersebut.Macam mana cara untuk saya dapatkan maklumat tentang tanah pusaka tersebut?

Jawapan:Anda boleh buat carian pelan dan beli salinan pelan lokasi tanah tersebut di pejabat tanah atau di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEN).Dengan maklumat yang ada dalam pelan tersebut anda kemudiannya boleh lakukan carian rasmi di pejabat tanah.Segala maklumat rasmi berkenaan tanah tersebut anda boleh perolehi dalam carian tersebut.

Perhatian:- Jawapan di atas adalah bersifat umum semata-mata untuk maklumat umum kepada orang awam sahaja.- Untuk jawapan atau penyelesaian yang lebih tepat sila rujuk kepada pihak-pihak berotoriti seperti pejabat puska kecil, peguam pusaka, pejabat tanah dan perunding pusaka.- Penyelesaian terhadap sesuatu kes mungkin berbeza bergantung kepada fakta kes yang berkenaan.

Wallahuaklam.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.