Jenis – jenis geran tanah yang anda perlu tahu :
.
1. Geran tanah
Terdapat 2 jenis – jenis geran tanah atau Hakmilik Tanah:
i. Hakmilik Tetap (HT)
ii. Hakmilik Sementara (HS)
.
.
2. Hakmilik tetap
.
i. Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar (SUK)
– Geran Negeri iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya (freehold).
– Geran Pajakan Negeri iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu (leasehold).
.
ii. Hakmilik Tetap Pejabat Tanah Daerah
.
– Geran Mukim iaitu tanah yang diberi milik selama-lamanya (freehold).
– Geran Pajakan Mukim iaitu tanah yang diberi milik untuk satu tempoh tahun tertentu (leasehold).
.
Geran Pajakan biasanya selama 30 tahun, 60 tahun, 99 tahun dan 999 tahun. Selepas tempoh pajakan tamat, kerajaan negeri boleh mengambil tanah tersebut. Pemilik tanah boleh memohon untuk menyambung pajakan untuk tempoh tertentu dengan bayaran premium tanah semasa. Geran pajakan mempunyai sekatan-sekatan tertentu dan ada juga di tempat – tempat tertentu yang tiada sekatan.
Contoh lain untuk jenis – jenis geran tanah freehold adalah jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya mengunakan no. hakmilik seperti Geran 310 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka no. hakmilik adalah seperti Geran Mukim 320.
Contoh lain untuk jenis – jenis geran tanah leasehold adalah jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya mengunakan no. hakmilik seperti Pajakan 310 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka no. hakmilik adalah seperti Pajakan Mukim 320
.
3. Hakmilik Sementara
.
– Tidak boleh dipecah sempadan.
– Tidak boleh dipecah bahagi.
– Tidak boleh disatukan tanah.
– Tidak boleh dipecah bahagian bangunan jika ianya terletak di atas tanah HS.
** melainkan tanah telah diukur halus dan pelan berkenaan dengannya telah diluluskan.
.
HS ialah untuk membolehkan tanah diberimilik sebelum diukur atau membolehkan hakmilik dikeluarkan sebelum pengukuran tanah apabila berlaku pecah sempadan, pecah bahagia dan penyatuan.
HS membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan.
Contoh lain untuk hakmilik sementara adalah seperti HSD 310 dan HSM 320.
Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Pendaftaran – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Negeri atau Geran Pajakan Negeri.
Hakmilik Sementara Bersamaan dengan Pejabat Tanah – Akhirnya akan dipegang oleh Geran Mukim atau Geran Pajakan Mukim.
Jenis – jenis geran tanah menentukan samada tanah itu boleh dibangunkan untuk pembangunan taman perumahan, pecah lot dan sebagainya.
Zulfadhli bin yusop
on said
Asalamualaikum nk tanya kalau jenis hakmilik munkin negeri boleh jual tak
halima
on said
wassalam. boleh jual. tengok pada sekatan kepentingan di bahagian bawah geran.
Mohamed Shawal bin Salli Ali
on said
Assalam..jika dalam geran tanah dia tulis tajuk atas tu GERAN shj tidak ada tertulis hak milik tanah simpanan melayu dan syarat syarat nyata- TIADA dan sekatan kepentingan -TIADA adakah tanah ini freehold open title..maksud saya boleh jual kepada bangsa lain walaupun pemilik nya Melayu.
Muhamad yusuf bin toyan
on said
Ade tak tanah yg dalam harge 60k di kawasan kajang..@pun rumah terbengkalai nk jual..rumah dilelong oleh bank pon xpe..sy keje renovation..nk beli untuk family saya….0175522526
Taufiq
on said
Hai nak tanya..tanah 6 ekar..status kebun..nak pecah lot..tp di geran tu hak sementara dan leasehold..boleh ker nk pecah lot tanah tersebut..terima kaih..
halima
on said
belum diukur halus oleh jupem. keluasan belum muktamad. belum boleh pecah sempadan dan pecah bahagian.
Jamillah Saiti
on said
Saya nak tanya tentang tanah 99 tahun dah hampir tamat tempoh
Boleh mohon utk lanjutan ke
Siapa yg perlu dihubungi
Dbkl atau pejabat tanah
halima
on said
pejabat tanah
Adibah
on said
Saya nak tanya kalau harta yang dibahagi atas hibah, boleh tukar nama ke geran pajakan mukim tu?
NATRAH HASSAN
on said
Lot tanah lidi boleh jual ker? Macamana dan dengan siapa saya boleh hubungi untuk ukur semula tanah mengikut geran.
halima
on said
lot lidi kena masukkan nama dulu dalam geran.
baru boleh jual.
kena contact semula pemaju / penjual / ejen / broker / peguam yang puan berurusan sebelum ini.
Nurul Najwa
on said
Assalamualaikum.
Saya nak tanya, kalau dalam geran ada syarat-syarat nyata yang tertulis tanaman kelapa sawit. Adakah boleh untuk kita buat binaan atas tanah tersebut? Seperti contoh bina rumah. Dan apa tindakan selanjutnya yang boleh diambil?
Terima kasih.
halima
on said
boleh bina rumah.
syaratnya, binaan tak boleh lebih 10% dari keluasan tanah itu.
FAIRUL AZMI BIN MUHAMMAD
on said
Bolehkah geran hakmilik sementara dengan sekatan tidak boleh dipindahmilik kecuali dgn kebenaran bertulis pihak berkuasa negeri ditukar hakmilik dengan transaksi kasih sayang antara adik beradik tanpa mendapat surat kebenaran pihak berkuasa negeri?
halima
on said
tak boleh. pindah milik tetap dengan kebenaran pihak berkuasa tanah.
HASINAH AIZAM
on said
Assalamualaikum.
Saya nak tanya, dalam geran syarat kegunaan tanah adalah pertanian, dan syarat nyata adalah tanaman am, dan keluasan tanah dalam 0.1518 hektar. Ini tanah freehold di selangor. Nak tanya kalau saya nak jual tanah ini dan buat proses pindahmilik, ada apa apa syarat atau surat kebenaran yang perlu didapatkan terlebih dahulu untuk pastikan proses pendaftaran pindahmilik di pejabat tanah dapat didaftarkan?
Terima kasih.
halima
on said
tiada sekatan untuk freehold property. pindah milik untuk 1 penama baru sahaja.
Muhamad razif
on said
Saya ada beli tanah lot lidi,tapi x ada nama dalam geran,yang ada nama pemilik tanah Selamat atau tidak.jika tidak selamat bagaimana saya nak atasinya.
halima
on said
TAK SELAMAT TUE. KENA PAKSA PENJUAL TUKAR NAMA KE PEMBELI
Roslinawati binti Jaafar
on said
Tanah saya hak milik kategori PAJAKAN MUKIM. Kalau dlm borang SPNB saya nk letak jenis tanah apa ye. Dia bagi 2 pilihan. 1) individu 2) TOL. Maaf saya x tahu. Minta dpt jawapan dati pihak tuan
halima
on said
INDIVIDU
Mohamad hazaqi
on said
Salam.. Nak tanya Geran Pajakan Mukim boleh dijual kepada non bumi ke tuan?? Mohon pencerahan tuan….
halima
on said
wassalam. boleh dengan kebenaran pejabat tanah / kerajaan negeri.
Man
on said
Geran kesedar nie macam mana ya? Boleh ke pindah milik dan tukar status tanah untuk dapat geran kekal?
adilah
on said
as salam
tanah status pajakan mukim ( pertanian ) boleh dijual ke dan ditukar nama selepas 10 tahun dalam pemilikan
halima
on said
wassalam. boleh.
khal
on said
Assalamualaikum…maaf mencelah…. kalau x sampai 10 tahun pulak tuan? boleh ke?
halima
on said
tengok di bahagian sekatan kepentingan di geran. jika tiada sekatan pindah milik, boleh jer.
Laila
on said
Assalamualaikum tuan..saya ada tanah bendang berkeluasan 0.7037 hektar untuk dijual..boleh tuan bantu saya berapa keluasan dalam relung ya?sebab ramai yang tanya dalam jumlah relung..
halima
on said
bersamaan 2.44 relung
Engku_Amsyar
on said
Assalamualaikum, saya nak tanya macam rumah flat saya kat bandar baru bangi selangor ni berstatus lasehold pajakan negeri.Tempoh lasehold tersebut sehingga 31/03/2095.Bilakah tahun untuk nak renew semula ya.
halima
on said
2094 BOLEH RENEW SEMULA. ASALKAN BELUM EXPIRED.
Mat
on said
salam Tuan..
Geran Pajakan Mukim status 60 tahun tamat pada 2067 bole ke untuk dijual?..ada org nk offer harga yg bwh market..tp risau jgk kot kena scam..bole tuan bagi nasihat x samada perlu or tidak utk saya beli..
Terima Kasih Tuan
halima
on said
wassalam.
boleh beli. step :
buat carian di pejabat tanah.
jika tiada caveat atau sekatan selain pejabat tanah boleh proceed.
pastikan berurusan dengan penama.
Nizam
on said
Hi..sye nak tanya, kenapa warna kertas geran bertukar ye?masa hak milik sementara kertas geran warna pink merah…lepas jd pajakan mukim tukar warna hijau…kenapa ya?
halima
on said
wassalam.
ada yang bertukar oyen.
ada yang bertukar putih.
ada yang bertukar merah rose.
bergantung kepada pejabat tanah setiap negeri.
Nor Hasimah Abdul Hamid
on said
Assalamualaikum nk tya tuan
Saya ada tanah sawah di pekan pahang status pajakan mukim. Boleh ke saya menjual?
halima
on said
wassalam.
boleh sangat.
naeim norahim
on said
asslamualaikum
emak sya ada sebidang tanah jenis hakmilik Geran Mukim. boleh kah tanah tersebut di jual kepada bukan melayu
halima
on said
boleh.
bukan rizab melayu.
Tiada sekatan kepentingan.
Nurul
on said
Salam…Sy nak tanya apa maksud tanah pajakan…
halima
on said
di pajak oleh kerajaan kepada rakyat.
kairul
on said
salam. ada orang nak jual tanah hak milik sementara bersamaan hak milik pejabat tanah dan berstatus bangunan. Nama dalam geran ada banyak. selamat ke kalau saya beli?
halima
on said
wassalam.
tiada masalah.
buat carian persendirian di pejabat tanah.
pastikan tiada caveat atau sekatan pindah milik.
Noraini
on said
Geran yang tertulis bangunan tu.. Grean yang macamana
halima
on said
geran untuk kediaman / kedai.
nur
on said
salam, kalau rumah mesra rakyat yg dibina atas tanah hakmilik pajakan mukim leasehold 99thn, boleh ke mohon utk pecah tanah lot dan perlu kebenaran dari penama ke?
halima
on said
yea boleh mohon untuk pecah lot oleh penama shj.