Semak harga pasaran / market value rumah. Mengapa penilaian harga pasaran sangat penting dalan proses jualan rumah?
Semak harga pasaran / market value rumah sangat penting dalam memastikan proses jual beli berjalan lancar dan selesai dalam masa yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli. Dokumen yang diperlukan untuk semak harga pasaran rumah adalah seperti berikut :
- Geran individu
- Pelan renovasi rumah
- Pelan tanah
- Geran Strata
- Pelan binaan asal rumah
- Perjanjian jual beli asal
Jika anda ingin memaksimumkan harga yang diingini, maka kesemua dokumen di atas perlu disertakan dan disediakan kepada pihak penilai atau ejen hartanah berdaftar.
Kebiasaanya, penjual hanya membandingkan harga yang ingin dijual berdasarkan harga harga yang dipamerkan di mudah.my , iproperty, propertyguru dan bual mulut jiran – jiran. Namun harus difahami bahawa harga yang dipamerkan bukanlah harga pasaran tetapi lebih kepada ” asking price” atau harga spekulasi.
Kaedah – kaedah yang digunakan untuk semak harga pasaran / market value rumah :
- Kaedah perbandingan
- Kaedah residual
- Kaedah pelaburan
- Kaedah kos
- Kaedah diskaun cash flow
Kaedah yang selalu digunakan untuk menilai harga rumah adalah kaedah perbandingan. Caranya adalah membandingkan unit yang hampir sama di kawasan yang sama.
Contoh : Jika anda mempunyai sebuah rumah 2 tingkat basic unit di di Jalan Cecawi, Kota Damansara, kaedah perbandingan adalah dengan membandingkan unit – unit basic lain di kawasan yang sama.
Apa kesan jika tidak mengikut harga pasaran yang ditetapkan oleh pihak penilai atau ejen hartanah berdaftar?
Kesannya sangat signifikan iaitu :
- Menyukarkan pembeli memperolehi pinjaman
- Melambatkan proses jualan
- Pembeli terpaksa ” top up” cash
- Pembeli rasa teraniaya
- Kegagalan perjanjian jual beli
Kesimpulannya, langkah pertama dalam memastikan sesuatu transaksi jual beli rumah itu berjaya adalah penentuan harga pasaran yang tepat.
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.
Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :
https://ejenhartanahkl.com/artikel/
Untuk melihat unit – unit yang ingin dijual, boleh klik link berikut :
https://hartanahhot.com/index.php?Status[]=Active&action=searchresults
Penulis adalah seorang ejen hartanah berdaftar. Penulis boleh dihubungi di talian berikut :
https://www.youtube.com/watch?v=1uqOrc9Dhqk
+6012-379 2584
+6012-223 7269