Proses jual beli tanah di Malaysia melibatkan langkah utama: semakan carian (land search) status terkini tanah, pelantikan peguam hartanah (conveyancing), menandatangani Perjanjian Jual Beli hartanah (SPA), pembayaran duti setem/cukai, dan pendaftaran pindah milik di Pejabat Tanah. Proses ini biasanya mengambil masa minimum 3 hingga 6 bulan, atau lebih lama jika melibatkan sekatan kepentingan, pusaka dan mahkamah tinggi.
Panduan Langkah Demi Langkah Jual Beli Tanah:
- 1. Semakan Status Tanah (Buat Due Diligence search):
- Pastikan penjual adalah pemilik sah, nama mesti ada di dalam geran dan sama dengan ic (semak geran asal).
- Semak sekatan kepentingan, sekatan pindah milik (gadai/kaveat), dan cukai tanah/pintu di Pejabat Tanah Daerah.
- 2. Pelantikan Peguam Hartanah:
- Penting untuk melindungi hak kedua-dua pihak, menyediakan SPA, dan menguruskan pindah milik secara selamat (peguam sebagai stakeholder). Kedua – dua pihak boleh melantik peguam masing – masing atau bersetuju untuk berkongsi peguam yang sama. Perlu diingat bahawa peguam yang dilantik bertindak bagi pihak pembeli sahaja jika berkongsi peguam yang sama.
- 3. Perjanjian Jual Beli (SPA):
- Pembeli membayar deposit (biasanya 10%).
- SPA ditandatangani dan dimatikan setem.
- 4. Permohonan Kebenaran Pindah Milik (Jika Perlu):
- Jika tanah mempunyai sekatan (contoh: Tanah Rizab Melayu), permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan. Kedua – dua pihak dikehendaki hadir di Pejabat Tanah untuk sign borang 14A secara fizikal di depan Pegawai daerah dan mengemukan dokumen original yang sah.
- 5. Bayaran Duti Setem & Cukai:
- Pembeli membayar duti setem (MOT) dan fee borang CHKT untuk setiap penama.
- Penjual membayar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT) jika berkaitan dan fee borang CHKT untuk setiap penama.
- 6. Pendaftaran Pindah Milik (Tukar Nama):
- Peguam akan menguruskan pendaftaran di Pejabat Tanah daerah/Pejabat Pendaftaran Tanah negeri.
- Baki bayaran dilunaskan setelah nama bertukar di dokumen hak milik secara carian persendirian atau carian rasmi.
Tips Penting:
- Jangan membuat bayaran penuh sebelum memastikan status tanah adalah bebas dari sebarang sekatan pindah milik.
- Urusan tunai berisiko tinggi untuk berlaku penipuan sekiranya tidak menggunakan peguam bertauliah.
- Proses pusaka (waris) memerlukan Perintah Pembahagian Harta Pusaka (6 bulan sehingga 2 tahun).
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari artikel ini.
Untuk membaca artikel yang lain, boleh klik link berikut :
https://ejenhartanahkl.com/artikel
** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**
Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya.
Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.
https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah
Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.