PROSES PECAH BAHAGIAN TANAH (Seksyen 142 Kanun Tanah Negara)
 
Pecah bahagian bermaksud tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah oleh dua (2) atau lebih orang sebagai tuan punya bersama dipecah bahagikan supaya terletakhak kepada setiap orang dari mereka di bawah hakmilik berasingan yang keluasannya sehampir dengan bahagiannya Permohonan hendaklah dibuat melalui Pentadbir Tanah;
Permohonan hendaklah dibuat oleh pemilik tanah sendiri;
Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan  

Proses Pecah Bahagian Tanah


DOKUMEN
Mengisi 3 salinan Borang 9B yang ditandatangani oleh pemilik tanah, Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat;
Untuk Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat:

Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;

‘Memorandum and Article’ sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat;

Pelan sebanyak 12 keping iaitu pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur Berlesen;

Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Perancang;

Sijil Carian Rasmi yang asal ;

Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;

Salinan hakmilik tanah; dan

Persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah.

Peruntukan Undang-Undang
Seksyen 140(2)(a)(b)
2.1 Jika tiada apa-apa arahan yang bertentangan, Pengarah Tanah dan Galian adalah
diberikuasa melulus bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan
Pentadbir Tanah bagi tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah.
2.2 Pemohon yang layak membuat permohonan ialah tuan punya tanah (kesemua), tuan
punya tanah pemegang syer majoriti, pemegang surat kuasa wakil dan seorang Pentadbir.

** EJEN HARTANAH BERDAFTAR DENGAN LEGACY REAL PROPERTY. AKTIF DI KAWASAN Cheras Bangi Kajang Kuala Lumpur Selangor Negeri Sembilan Hulu Langat Ampang Pandan Keramat DAN KAWASAN-KAWASAN BERHAMPIRAN**

Jika anda ingin menjual atau menyewakan hartanah, kami sedia memberi khidmat nasihat berkaitan proses penjualan / penyewaan hartanah bermula dari peringkat mencari pembeli, pembayaran deposit, proses pembiayaan pinjaman, proses guaman dan sebagainya. 

Untuk menghubungi ejen hartanah anda, klik di sini.

https://wasap.my/60123792584/ejenhartanah

Untuk melihat senarai hartanah untuk dijual, klik di sini.